Jalan Semenyih merupakan jalan utama yang menghubungkan Bandar Tasik Kesuma ke dua lokasi utama iaitu Pekan Beranang dan Pekan Semenyih. Tetapi yang sedihnya, jalan ini di Bandar Tasik Kesuma cukup mengharukan saya atau anda yang sedang membaca. Manakan tidak, selepas traffic light di Kampung Rinching Tengah, jalan tersebut tidak rata. Kesan pembaikan jalan yang telah diperbaiki jelas kelihatan dan terasa. Ditambah pula dengan keadaan membukit dan terdapat perhentian bas di situ menyukarkan lagi situasi kenderaan yang lalu lalang. Diharapkan jalan di lokasi yang dinyatakan dapat diturap bagi keselesaan pengguna. Laluan keluar ke Jalan Sememnyih yang sempit di simpang keluar Bandar Tasik Kesuma menuju ke Pekan Beranang menyukarkan pengguna sama ada dari Bandar Tasik Kesuma itu sendiri mahupun mereka yang sering menggunakan jalan tersebut dari Semenyih ke Beranang. Jalan di lokasi tersebut perlu diperlebarkan dari satu lorong ke dua lorang dari setiap arah. Ini pasti akan memudah dan melancarkan perjalanan semua kenderaan. Harap maklum.

Note :- Bilakan jalan susur keluar dari Bandar Tasik Kesmua ke LEKAS highway akan dibina?

0 comments:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama