Renung-renungkan..

Renungan bersama..

ISTERI... Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?

andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti...

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Warkh.. dah lama tak menulis. Nie pun free sebelum masuk tido. Patient pun dah takde kat cn. Harapnya la. Apa pun semua kita menanti apa benar akan terjadi sesuatu yang mampu mengubah Malaysia pada 16.09.2008. Tapi yang pasti ubah ke tak ubah ke kehidupan harus diteruskan. Kita yang sepatutnya berubah. Berubah dari baik ke lebih baik. Tidak mengulang kesilapan yang lalu. Mudah2an apa jua yang berlaku, Ya Allah lindungilah kami.

Kawe 2008

Kawe.. Dapat apa?

Dari Meja Pengarang

.......
Assalamualakum dan Salamat Sejahtera buat semua yang terjumpa website a.k.a blog ini. Selamat datang kena sudi datang. Somoga selamatlah kamu kembali jika keluar nanti. Terima kasih dari Kawe.
.......
Sila la.. Jangan malu2. Buatla macam rumah sendiri. Jangan lupa basuh pinggan nanti bila dah habis makan.

Peta

Nak cari tempat dalam dunia nie boleh cuba dengan cara ini..

  1. ....... http://maps.google.com/
  2. .......

Pertukaran Wang Asing

Nie kira2 nak tukar duit dari RM ke mana2 mata dunia..

  1. ....... http://www.xe.com/
  2. .......
  3. .......

Parti

List Parti Politik Di Malaysia :-

  1. ....... http://www.pas.org.my/
  2. ....... http://www.keadilanrakyat.org/
  3. .......
  4. Sebenarnya tak nak letak.. malu tapi letak aje la tak payah tengok pun takpe tak best langsung sebab sama aje macam tengok TV1/TV2/TV3 dan lain2 la. http://www.umno-online.com/
  5. ....... http://www.mic.org.my/home.php
  6. .......

Produk Kesihatan - Homoeopati

Berita Semasa

Dapatkan makluman isu2 semasa melalui akhbar :-

  1. ....... http://www.harakahdaily.net/
  2. ....... http://www.malaysiakini.com/

Muhasabah diri untuk blogger

Blog Orang Politik

Maklumat Bagus

Nie maklumat bagus nie.. Kerja kawe la.. Hehe.. :-

  1. ....... http://www.cerebromente.org.br/n01/pet/petres.htm
  2. .......

Gerakan Pelajar Mahasiswa

Ketahui gerakan pelajar di sini :-

  1. ....... http://mygamis.blogspot.com/

Tempat Bagus

Best gila kalau dapat pie sini.. Kerja kawe la.. Hehe.. :-

  1. ....... http://www.pet.hu/
  2. ....... http://www.scgh.health.wa.gov.au/pet/
  3. ....... http://www.medsch.wisc.edu/cycl/default.html

Ubat Bagus

Nie lagi bagus nie.. Kerja kawan la.. Hehe.. :-

  1. ....... http://www.izotop.hu/

Barang Bagus..

Tengok la barang bagus nie.. Untuk kerja aku aje.. Hehe :-

  1. ....... http://www.mediso.com/
  2. ....... http://www.biodex.com/radio/radiopharmacy/radiopharmacy.htm

Apa beza dia ye? Pening Kawe fikir..

Kalau ada sesiapa yang boleh bagi tau kat Kawe! Tolong lah ye..
APA BEZA ANTARA BLOG DAN WEBSITE? =/x (pening la!)
Tq.

Cakap2 pasal Malaysia

Beberapa website pasal Malaysia :

  1. ....... http://allmalaysia.info/intro/

Kewangan & Anda

Ketahui bagaimana menguruskan wang dan kehidupan anda :

  1. ....... http://islamikfinance.blogspot.com/

Who Suffer?

Blogger2 pesakit..

  1. ....... http://fionaths.yuinyin.com/

Cari Kerja

Cuba la cari kerja kat cn..

  1. ....... http://www.jobsdb.com/default.htm

Kat mana nak publish blog

Nie yang aku kena explore lebih nie.. entah bila?

  1. ....... http://www.nuffnang.com.my/
  2. ....... http://www.advertlets.com/
  3. ....... http://allmalaysia.info/ambp/default.asp
  4. ....... http://keluartopik.com/
  5. ....... http://www.bloggerschoiceawards.com/ Pertandingan
  6. .......

Geng Mak Bapak..

Website2 yang menghimpunkan mak ayah kita..

  1. ....... http://ibumalaysia.ning.com/

Ulasan Artikel

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
.......
Ulasan Abang lepas garisan putus2 nie..

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
.......
Mudah? Sayang! Tanggungjawab yang Abang pikul terlalu besar. Tidak terpikul barangkali buat Ayang. Jika mudah tidaklah Abang asyik nak marah aje. Abang lebih suka jika ianya dibuat mudah tidak kita memikirkan sesuatau perkara yang remeh atau melecehkan. Salah satu Abang suka Sayang sebab Ayang banyak memudahkan hidup Abang. Abang janji akan lebih memahami situasi hidup Ayang yang susah.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
.......
Tidak bermaksud untuk berbohong cuma untuk tidak mengecilkan hati Sayang. Abang cuba bertoleransi sebaik mungkin. Buat mana yang boleh Abang korbankan sama ada hati dan perasaan Abang untuk Sayang. Jika Sayang memahami Abang lebih menghargainya. Maafkan Abang jika selalu meninggikan suara sebab Abang tak pandai berkomunikasi kot. Maaf ye Sayang!

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
.......
Tak kenapa? Sebab Abang tak nak menyusahkan hidup Ayang dengan masalah Abang. Ada kalanya Abang sedar tindakan Abang silap sebab ianya berkait rapat dengan Ayang dan keluarga kita. Harap Ayang faham.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
.......
Tadi kata mudah sekarang kata simple pulak. Argh.. Apa yang Abang nak.. itu yang Abang nak.. yang nie bila nak memang nak.. Harap Ayang faham. Simple aje. Love U. Tq.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
.......
Maafkan Abang. Selalu kata yang tak baik aje pasal Sayang. Mesti ganduh akhirnya. Abang baru sedar bahawa Abang tak pandai jaga hati atau perasaan Sayang masa cakap pasal nie. Tapi Ayang tau tak.. Abang pandai tulis dan Abang memang pandai bermadah bila menulis.. Cuma nak Ayang tau yang Abang memang Sayang sayang. Ok.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
.......
Buat apa bukak cerita dengan orang lain. Cerita dengan Ayang lagi best! Ayang tau tak? Abang tetap cerita walaupun Abang tau Ayang tak boleh bak respone at least Ayang lebih memahami situasi Abang. Love U. LAgi pun buat apa cerita masalah peribadi pada irang lain macam bukak pekung aje san adakalanya ia terlalu personnal.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
.......
Yang nie Abang perlu ucapkan terima kasih kerana menjaga maruah Abang dan Ayang banyak menegur Abang supaya Abang jadi lebih baik. Abang janji Abang buat yang terbaik untuk Ayang dan anak-anak kita.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
.......
Abang cuba untuk memahami Sayang. Bantu Abang ye..

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
.......
Ayang taukan? Jika Abang tegur Ayang terasa dan Ayang tegur Abang terasa. Sesiapa pun tegur sebenarnya kita terasa tapi Abang tetap terima teguran Sayang. Ala mcam Ayang tau.. sekejap aje Abang marahkan.. Kena cara pujuk dah ok! Ayang tau rahsia macam mana nak pujuk Abang. Betul tak?

Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"
.......
Terima kasih atas sokongan Sayang sebab tu Abang kahwin ngan Ayang. Hehe.. Malu.. Macam orang kata, disebalik kehebatan seorang lelaki ada seorang wanita. Love u so much. Oh ye.. penat la asyik Abang aje cakap perkataan keramat. Apa kata Ayang pulak mula dulu. Bestnya..

Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
.......
Susahnye ank ulas. Tapi ego tu biasa la. Yang Abang pasti tempat kerja memang dah jadi kambing hitam dah tekde ego dah. Dengan Ayang? ego ke Abang nie. Maafla.. tak tau pulak?

Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
.......
Abang rasa kisah hidup kita tentu bosan jika kita tak gaduh. Tapi jangan la gaduh teruk2 sangat Ayang buli Abang. Macam contoh.. dera Abang makan kat luar.. Ar tangan sayang best. Ayang tau tak? Pernah ke Ayang buat? Hehe.. (saje je nak suruh Ayang masak hari2.. sorry! Abang janji kalau Sayang dah boring masak kita makan luar. Love U)


Belum tengok habis..

Mencari keberkatan..

The Presurfer

http://presurfer.blogspot.com/
.......
Nie Kawe buat posting khas untuk blog nie sebab Kawe enjoy sangat. Koleksi2 blog atau kerja orang dikumpulkan oleh orang tang buat blog nie.. itu yang Kawe paham la..
.......
Kawe tak mahu lawan..

Untuk disampaikan..

Kawe ajak sama2 fikir la..

Subject: Ustaz Hj. Akil - Interesting!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat,

kemajuan menjadi pesat, kita lihat

bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera

meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.Sebarkanlah ini kepada ahli
keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar
masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju
dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)
.......
Kawe tak mahu lawan..

Web best.. Kebolehan orang..

Mari la layan aje apa yang ada..
.......
http://sandfantasy.com/
Best aje tengok orang main pasir..

Pendidikan anak2..

Tak sangka sungguh. Zaman sekarang nie.. Layan aje la..

  1. Nak cari cikgu pun boleh online aje.. Cikgu pulak cari anak murid kot.. Sekarang nie mengjar untuk duit bukan untuk sebar ilmu dah kot.. mahalnya harga ilmu itu.. http://www.tuitionhamster.com/index.php
Kawe tak mahu lawan..

Disenaraikan link2 yg menarik untuk letak atas blog.. Layan aje la..

  1. Tak pasti tapi macam boleh buat website free http://www.bravenet.com/
  2. Ada template free http://www.blogcrowds.com/
  3. Buat album http://photobucket.com/
  4. Buat slideshow http://www.slide.com/
  5. Comel untuk anak2 kita Lilypie : Free Baby Stuff http://lilypie.com/
  6. ClockLink.com - Free Flash World Clock http://www.clocklink.com/
  7. Kira-kira orang masuk hehe.. http://www.digits.com/
  8. Boleh tahu statistik visitor & siapa sekali rasanya.. http://www.sitemeter.com
  9. Yang nie ala2 scan peta dunia la pulak.. http://www.maploco.com/
  10. Yang nie pulak siap sambut birthday blog.. ada2 aje la.. http://www.blogoversary.com/
Kawe tak mahu lawan..

Info Cancer

Disenaraikan di sini link yang boleh membantu ok.. harap Kawe ia membantu..

  1. Cancer Research Lab - http://www.cancerresearchlab.com/ Let us start from here, away from cancer. Cancer Knowledge, give you more and more comprehensive cancer information; cancer prevention, let us start from here; cancer treatment, newer, better treatment for cancer patients regain health.
  2. CuringDeath.com - http://www.curingdeath.com/ Curing Disease, Cancer & Aging through advance medicine
  3. Health Information - Body Care - http://health.dewantoro.org/ Beauty Care and many more - women health and beauty care
  4. 9medicine - http://9medicine.com/
  5. Cancer Treatment : Mark Levin MD http://cancertreatments.typepad.com/
Kawe tak mahu lawan..

Keselamatan

Link untuk jaga keselamatan anak-anak kta..

  1. Grassroots Environmental Education, Childsafe Advocates : Parents making a difference http://www.grassrootsinfo.org/csawelcome.html

Kawe tak mahu lawan..

List blogger pesakit cancer dan yang membantu mereka..

Pesakit Cancer

  1. Zulrushdi Abdul Mutalib, zulrushdi.net, Continuing My Existence In Cyberspace.... http://zulrushdi.net/
  2. Conversational Threads - Traveling. Knitting. Quilting. Cats. Life is good. http://conversationalthreads.typepad.com/
  3. http://forgingironman.blogspot.com/
Orang yang membantu
  1. Jeanne Sather, The Assertive Cancer Patient, Living with cancer - and an attitude http://assertivepatient.com/

Kalau sesiapa ada maklumat lanjut boleh la bagi kat kitakawe@yahoo.com.my


Kawe tak mahu lawan..

Ianya mula berkembang di sini..

Salam,

Dah 2 hari temasuk hari nie Kawe cuba masuk blog sendiri tapi asyik masuk kena daftar aje (log in dulu). Jadi tak dapat la nak tengok paparan orang tengok blog Kawe ini. So Kawe geram taip la kat google. La ada pulak tu tapi kena sangkut kat cn (klik aje la). So terus aje masuk la lepas tu nak tau apa jadi. Tetiba dia pie cn pulak (klik lagi). Korang akan tertanya2 kat mana dia? Kawe pun tak tau. Tapi ada kat bawah tu pasal Kawe punya blog. Hehe.. Ada jugak orang amik buat cerita. Apa dia buat Kawe pun tak tau? Tapi ada kaitan la dengan buku percuma tu.. Hehe.. So layan aje la lepas nie. Dari sini rupa2 ramai la geng cakap pasal yg sama. Yang penting dapat rujukan yg lagi banyak. Warwarwar.. Suka-suka. Hehe.. so beginilah ia bermula (pening orang baca beb..) klik kalau nak tau lanjut.. http://www.technorati.com/

Kawe tak mahu lawan..

Radio kalau nak dengar la..

Di sini kawe kumpul semua link2 radio yang kawe pernah jumpa. So senang la takde la hilang dari ingatan nanti. Klik aje kalau nak dengar. Layan aje la. ok.
  1. Kat sn sesiapa yg minat boleh la jadi Dj radio & boleh buat dedikasi lagu. Ye la sekarang nie kalau nak jadi Dj kat radio besar2 bukan mudah adakalanya kena masuk rancangan realiti dulu baru boleh dapat itu pun kalau suara best la dengar. Kat cn belasah aje. Dj dia main taram aje tapi enjoy. Layan je la ye. http://fungkurfm.org/
  2. Yang nie pulak entah tak habis explore lagi tapi kawe dapat dari supervisor, masa tu dia tengah dengar. Apa lagi copy la dia punya link. Hehe.. Layan apa yg patut aje! http://www.accuradio.com/
Yang nie tak boleh bukak pun. Nape entah.. Tolong..
  1. kampungchat.net.FM
    http://213.202.230.120:8080/listen.pls [all genre]
  2. LuahanRasa.FM [all genre]
    http://luahanrasafm.listen2myradio.com/ (page auto player for radio)
  3. Hijjaz.FM [just nasyid]
    http://hijjazfm.listen2myradio.com/

TV kalau nak tengok la..

Link yang akan membawa anda menontot.. Layan aje la..

  1. Saluran Media Alternatif Anda! Mesti tonton beb.. http://www.tvpas.com/
  2. Sama macam yang di atas http://webtv.pas.org.my/
  3. Sama jugak best nie.. http://wtv8.tv/v3/
  4. Tengok cerita melayu bersiri kat cn http://tvseries4u.blogspot.com/
  5. Lagi..

Kisah Musang

Haaa.. yang nie penting.. kisah musang cari makan..

Kisah Gajah Putih

Nie pulak kisah gajah putih @ people call it 'White Elephant'. Kenapa ianya dipanggil 'Gajah Putih'? Eh.. macma pernah dengar aje tapi dalam realiti kehidupan Kawe tek pernah jumpa lagi gajah yang berwarna putih. Belum lagi la buat masa nie. Kalau sesiapa ada jumpa boleh la take picture & give it to Kawe so Kawe boleh tepek kat cn. Ok.

Belajar sampai power..

Kawe kena belajar sampai puashati.. baru la tak jadi kambing hitam..

  1. Nuclear Education Online http://www.nuclearonline.org/nuclear_education/default.asp
  2. Training Di Australia http://www.sons.ecu.edu.au/courses/nuclear-medicine(2).pdf

Nie bologger yang berkaitan sempat kawe jumpa.. cantik..

  1. Belum tau nak bagi nama coz belum tengok habis lagi.. http://nucmedpodcast.blogspot.com/
  2. 2 orang budak medic cerita pasal PET/CT.. http://tomographyblog.com/
  3. Seorang student buat attachment.. Layan aje la.. http://sandraleahy.blogspot.com/
  4. Doktor nie ada 2-3 blog http://www.pet-ct-library.blogspot.com/ @ http://www.pet-ct.blogspot.com/
  5. Minah Otai.. Siap mobile PET/CT lagi tu.. http://ctmriclasspathologicalstudies.blogspot.com/
  6. Sistem Data untuk image Kawe pun tak berapa mahir lagi nie.. nanti kena baca la.. http://doctordalai.blogspot.com/
  7. Entah la dah takde update dalam blog nie.. http://clairewalker2.blogspot.com/

Nie buku..

Boleh dapat ke buku free.. cubalah..

  1. Medical Heaven : Your Medical Book Communitys http://www.medicalheaven.com/ (Yang nie dapat)
  2. Online Medical Textbooks http://welovelmc.com/books.htm (Yang nie tak dapat tapi nak letak)
  3. Electronic Texts & Books http://home.cc.umanitoba.ca/~mtennen/fulltext2000/etexts.html (Yang nie tak dapat tapi nak letak)
  4. EBOOK and MedInfo http://gondolok.blogspot.com/
  5. Macam2 ada. Pelbagai nie.. http://downloadebookz.info/
  6. Medical Book Review - The informative resource about medical book descriptions, medical book reviews and medical book details. (Nie review aje nak letak coz sebagai panduan aje nak pilih buku nanti) http://medbooks-review.blogspot.com/
  7. Akan tambah lagi.. tunggu..

Kisah Kambing Hitam

Ini sebuah cerita berkenaan Kambing Hitam @ people call it 'black sheep'.. tunggu.. panas & hangat.. Nie bukan cerita black metal ok..

La macam nie je ke buat blog..

Nie Kawe baru cuba je.. hehe.. tunggu..

Apa kaitan haiwan dengan Kawe..

Salam.
Buat semua yang membaca mungkin tertanya kenapa banyak sangat haiwan yang terlibat dalam blog nie. So harapnya di cini kawe akan cuba memberi tahu la apa yang patut. Ok. Layan aje la.

Untuk makluman pembaca atau orang yang akan bercerita pada sesiapa, tolong ambil tahu bahawa semua haiwa-haiwan yang terlibat di sini tiada kaitannya antara yang masih hidup atau yang telah mati kerana terbunuh atau dibunuh secara sengaja atau tidak sengaja oleh mereka yang bertanggungjawab atau tidak bertanggugjawab.

Kawe terfikir ada elok jugak kawe amik karikator binatang nie mana tau suatu hari nanti mereka pupus ke so blog nie boleh jadi rujukan pada mereka yang nak mengenali haiwan ini dengan lebih dekat dan terperinci. ('Ok gak idea tu. Menarik!' Dialog dalam otak aje nie!).

Kawe nie bukanlah doktoh haiwan, bukan perkerja di Zoo Negara di mana-mana bahagian pun seperti penjual tiket, pemandu train, pemberi makanan, tukang mandi, atau pekerja yang jual makanan atau cenderahati kat citu, tidak bekerja dengan mana-mana badan/pertubuhan yang melindungi atau memelihara haiwan-haiwan ini dan yang ada kaitan dengannya. Oh ye kawe juga tidak berkerja dengan Aquaria KLCC.

Karikator ini hanyalah perumpamaan hidup kawe di dunia ini yang penuh dengan
haiwan sepertinya. So nanti kawe nak bagi tajuk cerita ini sebagai 'cerita hutan'. Layan aje la ye.. Kalau kengkawan ada idea nak tambah haiwan lagi sila bagi tau la.. siap dengan 'pe'eal' (sifat/perangai) dia sekali ye yang boleh dikaitan dengan kita..

Kawe tak mahu lawan..

Mari Ketahui Di Mana Cinta Anda

Link ini akan membawa anda info yang menarik untuk mengenali diri anda..

  1. Membicara Percintaan Yang Bahagia Selamanya http://www.tentangcinta.com
  2. Apa? Cari jodoh? Cari tips cinta jugak.. http://www.jodoh4u.com/

Kawe tak mahu lawan..

Geng Blogger

Bloger yaang Kawe suka dan belajar dari diorang.. Suka pie sini..

  1. Belajar buat blog
    1. Ada maklumat pasal blog best http://www.khairulazmi.com/
    2. Budak yang hebat dalam bidang blog http://ikram-zidane.com/
  2. Cari cermin mata kat cn http://sitisifir10.blogspot.com/
  3. Nak tanya ubat kat cn http://http//firdauspharmacy.com/
  4. Guru
    1. Seorang guru di Bentong, Pahang http://cad_mint.blogspot.com/
  5. Siapa, Aku, Dia & Mereka http://shahrilaley.blogspot.com/
  6. Pemikir http://inspigoblog.wordpress.com/
  7. Dj Radio..
    1. Cik Puding@7 http://cipuding7.blogspot.com/
    2. Dj Ibu.. fungkurfm.org http://www.freewebs.com/ibumisali/index.htm
  8. Macam2 http://ien247.blogspot.com/
  9. Siapa lagi..

Mari Membantu Yang Termampu

Link ini akan membawa ada menderma secara tidak langsung..

  1. Kita akan bantu melahirkan lebih anak ayam. Anak ayam menetas.. http://joeperantau.blogspot.com/2005/09/projek-tabung-ayam.html
  2. Kita akan bagi makan pada orang lapar. Klik bagi makan.. http://www.thehungersite.com/clickToGive/home.faces?siteId=1
  3. Siapa yang bantu siapa entah.. Rasanya rhino yang bantu honda buat promosi.. macam bodoh aje sebab diorang yang buat alam nie lebih rosak dengan buat banyak kereta.. bengong.. honda cuma amik kesempatan atas nasib malang rhino aje.. hehe.. http://www.honda.com.my/rhino/
  4. Belajar bahasa sambil menderma. Penat jugak la jawab soalan tu.. Macam tak habis aje.. http://www.freerice.com/

Kawe tak mahu lawan..

Catatan Terbaru Laman utama