KE ARAH PENAMBAHBAIKAN BERANANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tiada sesiapa di antara kita yang berkehendakkan persekitaran tempat penginapan kita dalam keadaan yang tidak kondusif. Terutama dalam aspek keselamatan. Tiada siapa yang mahu tinggal di tempat yang tidak selamat. Kebersihan juga tidak ketinggalan. Kekotoran kawasan sekitar boleh membawa penyakit yang pelbagai terutamanya penyakit yang berjangkit. Sehubungan itu, merilah kita bersatu dalam meningkatkan persekitaran tempat tinggal kita ke arah persekitaran yang kondusif.

Jalan Utama Beranang

Salam dan Selamat Sejahtera.
Hari2 kita guna jalan yang sama. Namun kualiti jalan macam tu jugak. Tiada perubahan. Semakin hari kereta kita semakain rosak. Minta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya.

Jalan Semenyih merupakan jalan utama yang menghubungkan Bandar Tasik Kesuma ke dua lokasi utama iaitu Pekan Beranang dan Pekan Semenyih. Tetapi yang sedihnya, jalan ini di Bandar Tasik Kesuma cukup mengharukan saya atau anda yang sedang membaca. Manakan tidak, selepas traffic light di Kampung Rinching Tengah, jalan tersebut tidak rata. Kesan pembaikan jalan yang telah diperbaiki jelas kelihatan dan terasa. Ditambah pula dengan keadaan membukit dan terdapat perhentian bas di situ menyukarkan lagi situasi kenderaan yang lalu lalang. Diharapkan jalan di lokasi yang dinyatakan dapat diturap bagi keselesaan pengguna. Laluan keluar ke Jalan Sememnyih yang sempit di simpang keluar Bandar Tasik Kesuma menuju ke Pekan Beranang menyukarkan pengguna sama ada dari Bandar Tasik Kesuma itu sendiri mahupun mereka yang sering menggunakan jalan tersebut dari Semenyih ke Beranang. Jalan di lokasi tersebut perlu diperlebarkan dari satu lorong ke dua lorang dari setiap arah. Ini pasti akan memudah dan melancarkan perjalanan semua kenderaan. Harap maklum.

Note :- Bilakan jalan susur keluar dari Bandar Tasik Kesmua ke LEKAS highway akan dibina?

Assalamualaikum,

Terlalu senang kalau nak senang
Terlalu susah kalau nak susah
ATAU
Bukan senang nak senang
Bukan susah nak susah

Itulah dua pilihan yang ada. Jadi apa pilihan anda?

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama